Rehat atau cari lain

Assalamualaikum wbt..

Musim tengkujuh sudah mali, kawasan pendakian perak ditutup selama 3bulan. Port tu je paling dekat dgn penang dan byk gunung yang best untuk didaki. Kata mereka, memg hujung tahun, kerajaan perak akan ttup sementara utk org awam utk mendaki yelah untuk keselamatan kita bersama. Last week dapat update dari abg guide. Trek kenderung makin teruk dek hujan nonstop. Kalau tengok gambar agak menakutkan yelah kalau jatuh mati woo.. Haha. Tapi bulan depan masih ada masa, depa plan nk naik Berekeh, katanya de 5puncak kt atas, view pn cantek. Now we already set the plan skrg cuma tengah cri guide je. Yelah membawang hikers even dah biasa hiking tp masih memerlukan guide. Atleast diorg ni terlatih dan sudah biasa dgn trek tersebut so kita pun rasa selamat. Nanti kita update lain.






Kawasan bawah kenderong















Kenderong
















Membawang di Alai

Assalamualaikum wbt..

6/10/2018 : Trip kali ni kita carpools 7 buah kereta. Jimat sikit buat cmni, tong2 mnyak je memasing. Pkl 12 mlm kumpul kat Petronas Sg Seluang, Lunas Kulim. Sblm 12.30pg tayar kereta memasing dah bergolek menuju ke destinasi.



Singgah Baling lepak makan minum dan membawang

Kami start kabat around pkl4 pg. Janji dengan guide pkl2 pg. Mcm2 perangai nk ke sampai termasuklah sesat nak masuk simpang ke rumah guide. Ada 4 check point kt atas. Point ke 4 adalah puncak. Dari base nk ke point pertama amik masa agak lama tambah dengan trek yang sangat licin. Trip kali ni sangat mencabar sebab keadaan yang basah bru lepas hujan. Rmai yang tergelincir tp alhamdulillah tak teruk. Sampai ke puncak dlm pkl 6.30 pg. Berkesempatan tengok awan karpet. Excited masing2 amik gambar. Pkl8pg kami turun ke bawah sebab hujan sudah turun rintik. Sampai bawah dlm pkl9.30 pg. Gerak ke rumah guide dlm pkl11 cmtu sbb tgu semua trun sebab ada yg trun laju de yang slow yelah dengan keadaan yang agk licin. Smpai rumah guide kami terus serang sungai sebelah. Kurang sejam kami kt situ sebab perot sudah lapar.

Kelihatan K2 disana. Kerunai dan Kenderong.



























Aku nak share beberapa tips even aku newbie lg. Haha
1. Makan/ isi perot 3 jam sblm kabat.
2. Prepare 100plus, kurgkan air mineral.
3. Betulkan niat, baca doa pendinding. . Insyallah Allah lindung kita.
4. Warm up skit2.
5. Jaga mulut jgn galok sangat.
6. Amik gmbr byk2, atleast kau de bukti nk berlagak. Haha. Kenangan utk dikenang. :)



Regards.

Kerunai First Tawananku

Assalamualaikum wbt,

Ni post dh lama tp baru nak post.

12 August 2018 ; First time hiking gunung yang sangat mencabar tapi best giler, mgkin sebab mulut2 mereka yang terlibat. Nama group whatsapp kami adalah membawang hikers. Sepjg perjlanan ke Gerik tak hbs2 diorg membawang. Dan mostly members dlm tu adalah lelaki, perempuan hanyalah 5 orang drpd 24 org. Haha. Ingatkan tengah mendaki masing2 senyap tapi tidak, mulut tak berhenti even kaki tengah mendaki. Hahahaha. Serius happening gila diorg ni. Aku belanja skit gambar kat sana.





Get Ready nk trun bawah
Membawang hikers


Excited tgk sunset dri ats gunung












 Serius best even first time hiking gunung. Insyallah next gunung coming soon.

3h2m di Langkawi

Assalamualaikum wbt.


Trip Langkawi kali ni kita p lama and ramai sikit, kebetulan kilang cuti jumaat so sambung smpai ahad. Hari jumaat pkl4.30 pg kami dh gerak ke Kuala Perlis ikut laluan kampung avoid highway dan tol. Even jarak tu jauh sikit tp atleast jimat tang tol lah. Sepjg perjalan isi dlm kereta tak berhenti gelak dgn lawak bdk gemuk. Okey lah atleast kurg skit ngantuk driver tu. Pkl6.30 pg cmtu kami berhenti solat subuh dkt masjd kt kwsan smpang empt. Sblm pkl7 pg kami gerak ke Jeti Kuala Perlis. Sampai je di Jeti, drop barang then cari parking berbumbung yelah nak parking 3 hari 2 mlm kot.
Disini aku listkan perbelanjaan kami.

Total mnyk( krta sewa+ kereta sdri) : RM100
Tiket Feri : RM36 (prgi balik)
Kereta Swa : RM160 (2h1mlm)
Parking kereta dkt kuala perlis : RM30
Hotel: RM202 (2h1mlm)-Zen Rooms Nabil Nabila Motel
Hoping: RM35



3/8/2018 Hari Pertama- Around 10.30 pg dh smpai jeti kt Langkawi, first of all call contact kereta sewa. Awal2 dh booking nak amik bezza yelah de 2org driver bezza so senang skit bleh tukar2 driver. Tp sygnya tak dpt sbb kereta belum smpai so amik mna yang ada skrg. So kitorg amik vios old version punya. RM160 utk 2 hari. So next two days kami perlu hantar kereta pd waktu yg sama. Aku dh lupa nama web kereta sewa ni. Alah korang google je kereta sewa langkawi bersusun page keluar dan suka hati kau nak amik yg mana. Lepas tu kami cari makan utk tengah hari, tak jauh area jeti jugak, lauk banyak and tak ramai org lg time tu yelah belom waktu lunch lg perot memasing dan berkonsert. Kenyang perot kita cri motel. Aku dah book motel dkat Booking.com sbb harga dia murah bak ang. Kami amik ZEN Rooms Nabil Nabila Motel family rooms yang ada 3 katil King hrga dia RM202 utk 3 hri 2 mlm. Okey masok bilik kita baring2 sambil sembang, pikir aktiviti utk petang plak. Around 2.15 ptg kami join hoping island, untungnya motel kami berdekatan dgn jeti Pekan Rabu so jalan kaki jelah ke jeti. Aktiviti yang buat aku excited gila sebab aku suka laut. Haha. So sepjg ats bot memg aku excited je, haha, amik vd menikmati keadaan sekeliling yg dipenuhi laut biru. Subhanallah cantik. Aku pun tak tahu nak explain cmna apa tu island hoping, yang aku tahu depa bwak hang p pusing pulau area Langkawi. Its take time around 3 to 4 hours to finish the tour. Hbs tour terbakaq habis muka. Haha. Malam tak ada buat apa just lepak makan, sbb dah penat. Sambung next day.

Jeti Kuala Perlis, semapt selfie sementara tgu feri.



Sampaii. 



Menunggu waktu island hoping. 



Jeti Pekan Rabu







Jalan ke Tasik Dayang Bunting







Pantai Beras Basah




Ukiran nama kami yang tidak dapat join. Haha









Hari ke2 - Janji Melayu uolls lepas subuh nak gerak cari ayaq terjun ka pantai sbb nak mandi tp hampeh. Haha. Around 9 cmtu masing2 bgn siap tp tak mandi sbb nak g mandi pntai sbb ayaq terjun kering. Haha. On the way tu cam biasa perot duk bising kitorang sgah brekfes kt gerai tepi jalan je. Belasah roti canai telur dan teh tarik. Nama pantai kami cemar itu adalah Pantai Tengkorak, serius cantik dia pnya view de gunung kt depan tataw gunung apa. Haha. Sambil2 rehat tu depa terpkir nak p beras terbakaq nak cri batik dan gamat. Well 11.30 pg kami gerak keluar dri Pantai Tengkorak menuju ke motel utk bersalin pakaian baru. Haha. Lps zohor camtu kami p Underwater World utk lawatan sambil belajr. Nak masok dalam charge RM35 tak silap. Next location bru beras terbakaq utk lawatan sambil belajaq jgk nk tgk sejarah. Pastu bru shopping. Lepas tu kami lepak makan laksa ikan sekoq kt tepi lauk. Lepas mkn kami terus p shopping cekelat kat Haji Ismail.






Pantai Tengkorak




Lepas first round mandi, selfie dlu.

































Hari ke3- Pkl10.30 kami dh check out sebab nk p dobi baju bsah semlm. Haha. Tak p memana sebab nk hntr kereta sblm pkl12 tgh hri, lewat2 kan mampuih charge lain. Sebelum gerak pulang ke Penang kami singgah makan dulu dekat Kangar, antara menu kami, laksa, nasi ayam dan bihun sup. Hehe. Lps drpd tu kami terus gerak balik ke Penang. 








Regards,

Rehat atau cari lain

Assalamualaikum wbt.. Musim tengkujuh sudah mali, kawasan pendakian perak ditutup selama 3bulan. Port tu je paling dekat dgn penang dan by...